Satu Rahsia

Ibarat penglipur lara
Lincahnya aku bermain kata
Tapi tika berdepan si dia
Lidahku kelu tiada bicara 

Lakonanku sempurna sekali
Tiada yang dapat membaca
Niat yang tersemat dihati
Untuk bersama dengannya 

Pengalaman lalu melemahkan
Mematikan keberanian
Kebahagiaan yang diimpikan
Kekal menjadi khayalan 

Bertemu kembali dengannya
Terpesona dek kelunakkan suaranya
Menikmati kebahagiaan sementara
Biarlah mimpiku kekal satu rahsia. 

SHiDi
19 Ogos 2010, 23:39

Author: Rashidi Zin

I write code and run on the road.