Diinspirasikan oleh Shah melalui status Facebook-nya.
“Pesanan Bulan Kemerdekaan: Jangan Khianati Negara! Jangan Khianati Bangsa! Bersama Membangunkan Ummah, Bukan Menjahanamkan Ummah… Belajar je tinggi tapi akai takde, hidup je dah lama tapi hati masih buta… (Jeng jeng jeng)… Renung-renungkan lah..” – Shah, 30 Ogos 2010.
Kerana kuasa yang diidamkan
Segalanya engkau halalkan
Setiap kenyataan engkau putarkan
Asal impian menjadi kenyataan
Lupakah engkau
Akan siapa saudaramu?
Jahilnya engkau
Hingga menjual Agamamu
Zalimnya engkau
Mengabaikan Kitabmu
Sedarkah engkau
Akan balasan yang menantimu?
Tingginya ilmu yang engkau pelajari
Ceteknya akal yang engkau miliki
Bertuahnya engkau dengan pengikut sendiri
Yang sedia menurut membuta tuli
Jauh sudahkah engkau mengembara?
Berjalan menurut nafsu hati
Ku berharap engkau akan pulang segera
Sebelum jasad dikandung bumi.