Ragam Manusia Dari Dua Paksi

Lama sudah aku memerhati
Ragam manusia dari dua paksi
Sama zahirnya berbeza hatinya
Rajin berkongsi, hebat berbicara

Usah di sanggah apa yang di sampaikan
Benar belaka kata yang di perdengarkan
Menjadi seteru buat yang bertanya
Dan akrab buat yang menerima

Biarpun cerita di beri tiada bukti
Tetap di terima sepenuh hati
Cuma satu pihak layak bersuara
Kata lawan hanyalah dusta

Ibarat katak di bawah tempurung
Akal mereka sudah lama terkurung
Lebih baik aku diam dan memerhati
Ragam manusia dari dua paksi

Author: Rashidi Zin

I write code and run on the road.